Sunday, September 26, 2010

Paranoid - Humanoid

Korg penah rase takut dgn byg2 yg korg ada2kn sendiri? Contohnye mcm tgh2 mlm lalu tmpt2 yg ala2 angker gitu, korg membiarkan imaginasi korg utk mengambil alih kebolehan berfikir secara rasional korg dgn membygkn sosok tubuh ghaib ke, kain puteh terbang ke, tak pun fasha sandha berbikini sambil mkn aiskrim (which wud never happen in 100 light years to come... err, mungken ade rasenye). Dan byg2 mcm ni membuatkn kite hilang kewarasan dan boleh mengakibatkan paranoid (bukan Paranoid lagu kumpulan Search, jauh sekali yg Black Sabbath punye).

Haaa... ini kes siang2 buta punya hal! Klu ikutkan mmg sme org pn bebas merdeka nk buat ape saje aslkn atas landasan btol. Tak payah takut, takde org pn nk kacau. Biase laa manusia kan, akibat ke'paranoia'an lalu diorg ni pn mulelah tak sng dudok lantas menggembleng idea2 putar alam mencari cara utk terus bernapas (pdhal diorg bkn takleh bernapas lgsg, cuma diorg tamakkan oksigen org len sgt).

Dr sekecik2 idea smpilah laa ni hampir kpd "The Masterplan" yg bakal mendatangkan kekesalan besar kpd Pak2 dan Mak2 Turut yg membiarkn lobang idong ditarik (Skang ni pn dah ramai jugak yg menyesal... harap2 korg tak termasuk dlm stetistik ye). Pastu ade yg makin lantang kononnye nk jd hero. Makin lame makin ramai. Sorg terjun longkang, len pn ikut terjun longkang. Klu 'longkang' Fasha Sandha (dia lagi!) takpe... ni longkang besar dpn umah Fasha Sandha. Mesti datok nenek tak penah citer kt diorg pengalaman hidup ataupn diorg ni mmg tak disayangi sbb tu takde org2 lame nk ajak berbual.

Org kate, klu kite tak ske pegi Plaza Angsana, jgn laa pegi. Pegi laa City Square ke. City Square kan ikut segala-mala (bini aku slalu gune "segala-mala" ni) citarasa. Ini tak, pegi Plaza Angsana pastu dok kutok tak cantiklah, tak modenlah, parking susahlah. Ada betoi ka? Ah... aku da sebulan  lebih terbuat lagu baru ni. Aku biasa buat lagu sbb nk kongsi idea dgn org ramai je tp hrpn maseh lom direalisasikn. Lagu da ade, byk kali jugak g maen tp biarlaa aku bg liriknye dulu aje. Renung2kanlah... hahaha!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Working title : ADOI

Mimpi jadi peluang
Semakin lantang bersuara
Bayangan mati ciptaan sendiri
Khayalan palsu membarah

APA YANG KAU TAKUT?
ATAU KAU PENGECUT?
APA YANG KAU SAKIT?
BUKAN KAU TERSEPIT
CUKUPLAH MENYALAK!

Apa pasti kau menang
Jika tanpa berpura
Tidak sedari helah berganti
Jalan hina kau megah

APA YANG KAU TAKUT?
ATAU KAU PENGECUT?
APA YANG KAU SAKIT?
BUKAN KAU TERSEPIT
CUKUPLAH MENYALAK

Saturday, September 25, 2010

Aku Nak Lagi!

Assalamualaikum, sme dan salam lebaran.

Lame btol takde entry. Drpd lom kawen smpi laa da 3 bln kawen. Isteri aku tanye "abg da tak hapdet blog abg ke?"

Lalu aku mjwb dgn jwpn stendet suami2 dlm drama, "isyy... awak org pompan mane tau hal laki2!"

Isteri aku pun membuat reaksi spt isteri2 dlm drama gak iaitu menukar channel kpd channel drama yg bkn kesukaannya sbg tanda protes kpd helah DAP aku.

Oh, lupe lak aku nk memperkenalkan isteri aku. Namanya Umi Hanisah aka Dang Umi. Orgnye besar, tak kecik. Kejap2 sweet, kejap2 garang tp mostly garang laa ... "Adoiii!" (dia twist pergelangan tangan aku lps baca ayat tu).

Dia skang ske tgk babat aku terkeluar kt tepi. Aku ni mmg dr dulu terkenal dgn slim cooking tp akibat tindak tanduk dia menjaga pemakanan aku, lalu berat aku semakin bertambah kdg2 smpi 5 kilo! Aku hrp berat yg tmbh tu biarlaa dr tuboh bdn aku dan bkn berat dosa yg tmbh... Na'uzubillah. Haha!

Okelah... nti ade masa lg aku hapdet lg. Aku sng dgn gaya bahasa aku tp klu korg tak sng, aku mintak maap awl2. amek laa ideanya tp jgn dicaci hiasannya. Wlupn "bahasa melambangkan bangsa" tp aku yakin aku maseh tetap memartabatkan bangsa aku berbanding dgn Melayu2 wannabe laen.

Aku suke korg sbb korg baca blog aku. Isteri aku ske blog jugak tp CxxLBLxG laa (bkn niat utk melakukan promosi percuma di sini. jgn lak salah baca mcm aku taep jenama ayer setan lak kt situ). Oke... jumpe lg!

Monday, August 24, 2009

XFM Prihatin - Isu Kerek (Harits Edition)



Kesahnya berlaku masa aku bwk spupu aku, Harits (6 tahun) dgn abg dia, Mamat (form 5) temankan aku amek murtabak Singapore kt Jln Sg. Chat ptg td (23/08/09).

Masa tu, stesen redio XFM (dua2 freq iaitu 103.3 dan 98.4) telah ditindas oleh stesen redio yg tak dpt dipastikan keegoannya (akibat gangguan freq). Tak aleh2 si Harits tu bole lak memaculkan petikan ayat2 drpd iklan khidmat masharakat XFM Prihatin.
Aku pn ape lg... tros soh si Harits standby for take lah (abgnye cameraman dan aku director on wheels... kids, pls dun try this at home, inside car can ah).

Utk makluman sme, aku tak penah ajo dia ayat iklan tu. Yg aku pena ajo pn lagu The Times "Tuududududu dudududu..." (Khayal-Khayalanku kut), buang sampah kt tong sampah dan ucap terima kaseh kt org yg timbang barang kite kt supermarket.

Ditujukan khas kpd warga XFM espesheli Dina n Shac (iklan depa rasenye), bos Adly, XB Gang dan pendengar2 XFM laennye. Just sit back, relax and enjoy! Anda ingat anda sorg je bole kerek?

Wednesday, July 15, 2009

Open Gig@IOI Maul Kulai






BERITA BASI

4 Julai 2009. Satu gig suke2 telah diadakan di IOI Maul Kulai. Band2 kebanyakannya dr jajahan takluk negeri Johor. Antara band2 otai ialah Plague of Happiness dan Bittersweet. Band2 laen termasuklah Joanna and Co., Me and Maggi (ntahlaa klu slh eja), Bluebird dan mcm2 lagi.

Gig percuma yg dianjurkan oleh pihak pengurusan IOI Maul Kulai bertujuan utk mencaca-merbakan aktiviti2 kompleks beli belah tersebut. Semoga IOI Maul Kulai akan terus maju dgn aktiviti2 mingguan demi komuniti sekitar Kulai dan kawasan Galapagos Utara.

Sori laa... penat berholiday je manjang... adoi. smpi blog pon tak tersentuh. ye laa... saya cuma poser je. org len blog, saya pon nk blog jugak. hahaha! Ibarat satu org pakai DSLR, kini sme org mau DSLR... pndi tak pndi pakai blkg kira, janji ade sebijik. auto mode pn auto mode lah! haha!

Tuesday, June 30, 2009

LangkaWeekend










26-29 Jun 2009 saya pegi rombongan ke Langkawi. Secara keseluruhannya bole laa dikatekan ianya rombongan shopping. Hanya satu lawatan je yg menarek hati saya iaitu lawatan ke Geopark(sbb tu byk gambo kt Geopark).

Selaen tu ade jugak lawatan ke Makam Mahsuri, kilang gamat, Gunong Mat Cincang (ape btol ke ejaan dia nih?), Beras Terbakar. Tapi tu laa, tetap Geopark jugak yg merenggut testikel saya kat Langkawi tu. Saya mmg sukak!

Saya harap che gu akan terima karangan tentang percutian saya ini dan mahu memberikan A tanpa segan silu.

Tuesday, May 19, 2009

XB GANG issue 02!!!

[klik pd gambo utk besarkan komik]

Yeahh... keluwo lagi XB GANG. Alhamdulillah rajen jugak saya mengwujodkan isu ke-2 ni tanpa kemalasan tak terbatas.

Komik ni utk dikuakan kt majalah gosip utk ruangan chat XBual XFM iaitu Vogeh Melofi di http://majalahvogehmelofi.blogdrive.com/.
Tp rasenye editornye lom release lg kt sane oleh sebab pisi digunepakai oleh ahli keluarga yg lebih tua. Sile hormat mereka yg lebih tua ye, kawan2.

So, enjoy laa komik ni. Sori laa klu citernye hanya beberapa org pengchatters tegar XBual je yg boleh paham. Just utk suke-suki kwn2 je. Tiada niat nk memporak-perandakan kehidupan sape2 pon. Harap maklong!

Sunday, April 26, 2009

Korset Redio Rosak

Tertanggal 25hb April 2009, satu korset bagi mengutip derma utk saudara kita yg disamun Zionis di Palestin telah diadakan kat Dewan MBJB (atau dlm promonye di Stadium Tertutop JB). Korset adalah atas usaha Neo Worldwide Entertainment yg dikepalai oleh Abg Edrie Hashim (antara idolaku) dan Parlimen Johor Bahru serta kedai kopi Cik Gloria Jeans sbg main sponsor dan of course ma feveret redio XFM sbg redio resmi.

Setibanya saya, sahabat baek iaitu dink8 dan sepupu iaitu Abdul Rahman (takde kaetan dgn band The Rhaman), kami tlh di'usher' (bkn usha, eh) oleh seorg awek Gloria Jeans (GJ) yg menjadi ulat tiket dgn menawarkan tiket dgn harga pre-sale RM18 berserta free minuman GJ setiap satu tiket. Kami, yg selalunye mmg mudah terpengaruh dgn tawaran tak masok akal telah berjaya dihasut utk membeli tiket tersebut. Hasilnya, tiket berharga RM18 dan percuma minuman bernilai RM11.50 setiap seorg. Tp, jauh di lubok hati yg kudus ni meniatkan ringgit tersebut ikhlas utk Gaza. Semoga sampai lah ke tgn mereka2 yg memerlukan. Aamiinn...

Band list dan events : SECRET SILENCE, STEREO SAKIT, THE RHAMAN, (waktu rehat), (upacara penyerahan mock cheque oleh Abg Edrie Hashim kpd Dato' Shahrir Samad), AUBURN, CILI, ZIPZILLER, (waktu rehat, kami keluar mkn kt area Stulang), PROJEK PISTOL, ESTRANGED, BUNKFACE, PLAGUE OF HAPPINESS dan RADHI-OAG.
Persembahan telah diselangselikan dgn ucapan artis2 melalui video antaranya AWIE, SEARCH, HATTAN, FTG, ABOT, SEARCH, ANDY FLOP POPPY, NEVES PRETTY UGLY, HUJAN dan saya rasa ucapan terbaek adalah dari MEET UNLCE HUSSAIN (ejaan dlm video mmg mcm tu) "Redio Rosak? Pegi repair laa...!"

Secara ikhlasnya saya mmg gemar perkara sebegini cuma di beberapa aspek kelihatan inappropriate utk Gaza mungken kerana atmosfera korset yg terlalu enjoy, songlist yg kebanyakannya rancak (saya sukak!) serta kehadiran kaki2 korset yg tampil dgn attitud am korset (body surfing, tarian mari menumbok, joget menyusahkan org etc.). Tak apelah, mungken mereka maseh muda utk menghargai erti keamanan. Selagi negara kita aman, korg terus je laa enjoy. Besok2 taktau lg camne kan? So, carry on! (Ni susunan ayat anak Johor sejati)

Kesimpulannya, saya sendiri pun terhibur dgn Korset Redio Rosak ni yg secara peribadinya saya gelarkan "korset meraikan kesedihan saudara Palestin kita". Walaupun ada band2 yg mengharapkan agar korset utk Gaza ni akan ada lg pd tahun2 akan dtg tp saya berharap semoga inilah korset terakhir yg kita lakukan demi Gaza. Biarlah penderitaan mereka berakhir segera. Klu akan dtg, kite buat korset laen lak, kite enjoy sampai tergolek, amacam?!


Antara pergambarannya. Mengikut susonan org normel:

1) Band The Rhaman yg konon2nye tiada kaetan dgn sepupu saya, Abdul Rahman.
2) Korset menampilkan dua stage yg memimik pembesar suara redio kiri dan kanan. Show diselangselikan penggunaannya.
3) Abg Edrie bagi cenderahati kt Dato' Shahrir Samad dgn berhati-hati sambil diawasi oleh YB Adam Sumiru utk mengelakkan cenderahati menjadi punca jatuh hati (gurau ye, latok! hehe! latok mmg cool kt korset tu).
4) "Auu... Auu..." kata Aimee XFM. Auburn yg menampilkan bacaan sajak yg penuh semangat drpd seorg teman rapat di hujung2 persembahan. Satu kelaenan.
5) Cili yg boleh membuatkan anda minom segelen ayer sejuk bg mengekang kepedasan.
6) Sangtujoh dan Dink8 sdg di tahap ketampanan maksima (dlm kata laen, jerawat).
7) Deraman, maseh tiada kaetan dgn band The Rhaman sehingga kini. Cita2 nya ialah ingin menakluk dunia.
8) Band rekemendet by x.clue.sive dari XFM XBual. Awak punya rekemendeshen mg best laa, syg . Zip Ziller, yg katenye dr Narathiwat, Thailand.