Monday, August 24, 2009

XFM Prihatin - Isu Kerek (Harits Edition)



Kesahnya berlaku masa aku bwk spupu aku, Harits (6 tahun) dgn abg dia, Mamat (form 5) temankan aku amek murtabak Singapore kt Jln Sg. Chat ptg td (23/08/09).

Masa tu, stesen redio XFM (dua2 freq iaitu 103.3 dan 98.4) telah ditindas oleh stesen redio yg tak dpt dipastikan keegoannya (akibat gangguan freq). Tak aleh2 si Harits tu bole lak memaculkan petikan ayat2 drpd iklan khidmat masharakat XFM Prihatin.
Aku pn ape lg... tros soh si Harits standby for take lah (abgnye cameraman dan aku director on wheels... kids, pls dun try this at home, inside car can ah).

Utk makluman sme, aku tak penah ajo dia ayat iklan tu. Yg aku pena ajo pn lagu The Times "Tuududududu dudududu..." (Khayal-Khayalanku kut), buang sampah kt tong sampah dan ucap terima kaseh kt org yg timbang barang kite kt supermarket.

Ditujukan khas kpd warga XFM espesheli Dina n Shac (iklan depa rasenye), bos Adly, XB Gang dan pendengar2 XFM laennye. Just sit back, relax and enjoy! Anda ingat anda sorg je bole kerek?

Wednesday, July 15, 2009

Open Gig@IOI Maul Kulai






BERITA BASI

4 Julai 2009. Satu gig suke2 telah diadakan di IOI Maul Kulai. Band2 kebanyakannya dr jajahan takluk negeri Johor. Antara band2 otai ialah Plague of Happiness dan Bittersweet. Band2 laen termasuklah Joanna and Co., Me and Maggi (ntahlaa klu slh eja), Bluebird dan mcm2 lagi.

Gig percuma yg dianjurkan oleh pihak pengurusan IOI Maul Kulai bertujuan utk mencaca-merbakan aktiviti2 kompleks beli belah tersebut. Semoga IOI Maul Kulai akan terus maju dgn aktiviti2 mingguan demi komuniti sekitar Kulai dan kawasan Galapagos Utara.

Sori laa... penat berholiday je manjang... adoi. smpi blog pon tak tersentuh. ye laa... saya cuma poser je. org len blog, saya pon nk blog jugak. hahaha! Ibarat satu org pakai DSLR, kini sme org mau DSLR... pndi tak pndi pakai blkg kira, janji ade sebijik. auto mode pn auto mode lah! haha!

Tuesday, June 30, 2009

LangkaWeekend










26-29 Jun 2009 saya pegi rombongan ke Langkawi. Secara keseluruhannya bole laa dikatekan ianya rombongan shopping. Hanya satu lawatan je yg menarek hati saya iaitu lawatan ke Geopark(sbb tu byk gambo kt Geopark).

Selaen tu ade jugak lawatan ke Makam Mahsuri, kilang gamat, Gunong Mat Cincang (ape btol ke ejaan dia nih?), Beras Terbakar. Tapi tu laa, tetap Geopark jugak yg merenggut testikel saya kat Langkawi tu. Saya mmg sukak!

Saya harap che gu akan terima karangan tentang percutian saya ini dan mahu memberikan A tanpa segan silu.

Tuesday, May 19, 2009

XB GANG issue 02!!!

[klik pd gambo utk besarkan komik]

Yeahh... keluwo lagi XB GANG. Alhamdulillah rajen jugak saya mengwujodkan isu ke-2 ni tanpa kemalasan tak terbatas.

Komik ni utk dikuakan kt majalah gosip utk ruangan chat XBual XFM iaitu Vogeh Melofi di http://majalahvogehmelofi.blogdrive.com/.
Tp rasenye editornye lom release lg kt sane oleh sebab pisi digunepakai oleh ahli keluarga yg lebih tua. Sile hormat mereka yg lebih tua ye, kawan2.

So, enjoy laa komik ni. Sori laa klu citernye hanya beberapa org pengchatters tegar XBual je yg boleh paham. Just utk suke-suki kwn2 je. Tiada niat nk memporak-perandakan kehidupan sape2 pon. Harap maklong!

Sunday, April 26, 2009

Korset Redio Rosak

Tertanggal 25hb April 2009, satu korset bagi mengutip derma utk saudara kita yg disamun Zionis di Palestin telah diadakan kat Dewan MBJB (atau dlm promonye di Stadium Tertutop JB). Korset adalah atas usaha Neo Worldwide Entertainment yg dikepalai oleh Abg Edrie Hashim (antara idolaku) dan Parlimen Johor Bahru serta kedai kopi Cik Gloria Jeans sbg main sponsor dan of course ma feveret redio XFM sbg redio resmi.

Setibanya saya, sahabat baek iaitu dink8 dan sepupu iaitu Abdul Rahman (takde kaetan dgn band The Rhaman), kami tlh di'usher' (bkn usha, eh) oleh seorg awek Gloria Jeans (GJ) yg menjadi ulat tiket dgn menawarkan tiket dgn harga pre-sale RM18 berserta free minuman GJ setiap satu tiket. Kami, yg selalunye mmg mudah terpengaruh dgn tawaran tak masok akal telah berjaya dihasut utk membeli tiket tersebut. Hasilnya, tiket berharga RM18 dan percuma minuman bernilai RM11.50 setiap seorg. Tp, jauh di lubok hati yg kudus ni meniatkan ringgit tersebut ikhlas utk Gaza. Semoga sampai lah ke tgn mereka2 yg memerlukan. Aamiinn...

Band list dan events : SECRET SILENCE, STEREO SAKIT, THE RHAMAN, (waktu rehat), (upacara penyerahan mock cheque oleh Abg Edrie Hashim kpd Dato' Shahrir Samad), AUBURN, CILI, ZIPZILLER, (waktu rehat, kami keluar mkn kt area Stulang), PROJEK PISTOL, ESTRANGED, BUNKFACE, PLAGUE OF HAPPINESS dan RADHI-OAG.
Persembahan telah diselangselikan dgn ucapan artis2 melalui video antaranya AWIE, SEARCH, HATTAN, FTG, ABOT, SEARCH, ANDY FLOP POPPY, NEVES PRETTY UGLY, HUJAN dan saya rasa ucapan terbaek adalah dari MEET UNLCE HUSSAIN (ejaan dlm video mmg mcm tu) "Redio Rosak? Pegi repair laa...!"

Secara ikhlasnya saya mmg gemar perkara sebegini cuma di beberapa aspek kelihatan inappropriate utk Gaza mungken kerana atmosfera korset yg terlalu enjoy, songlist yg kebanyakannya rancak (saya sukak!) serta kehadiran kaki2 korset yg tampil dgn attitud am korset (body surfing, tarian mari menumbok, joget menyusahkan org etc.). Tak apelah, mungken mereka maseh muda utk menghargai erti keamanan. Selagi negara kita aman, korg terus je laa enjoy. Besok2 taktau lg camne kan? So, carry on! (Ni susunan ayat anak Johor sejati)

Kesimpulannya, saya sendiri pun terhibur dgn Korset Redio Rosak ni yg secara peribadinya saya gelarkan "korset meraikan kesedihan saudara Palestin kita". Walaupun ada band2 yg mengharapkan agar korset utk Gaza ni akan ada lg pd tahun2 akan dtg tp saya berharap semoga inilah korset terakhir yg kita lakukan demi Gaza. Biarlah penderitaan mereka berakhir segera. Klu akan dtg, kite buat korset laen lak, kite enjoy sampai tergolek, amacam?!


Antara pergambarannya. Mengikut susonan org normel:

1) Band The Rhaman yg konon2nye tiada kaetan dgn sepupu saya, Abdul Rahman.
2) Korset menampilkan dua stage yg memimik pembesar suara redio kiri dan kanan. Show diselangselikan penggunaannya.
3) Abg Edrie bagi cenderahati kt Dato' Shahrir Samad dgn berhati-hati sambil diawasi oleh YB Adam Sumiru utk mengelakkan cenderahati menjadi punca jatuh hati (gurau ye, latok! hehe! latok mmg cool kt korset tu).
4) "Auu... Auu..." kata Aimee XFM. Auburn yg menampilkan bacaan sajak yg penuh semangat drpd seorg teman rapat di hujung2 persembahan. Satu kelaenan.
5) Cili yg boleh membuatkan anda minom segelen ayer sejuk bg mengekang kepedasan.
6) Sangtujoh dan Dink8 sdg di tahap ketampanan maksima (dlm kata laen, jerawat).
7) Deraman, maseh tiada kaetan dgn band The Rhaman sehingga kini. Cita2 nya ialah ingin menakluk dunia.
8) Band rekemendet by x.clue.sive dari XFM XBual. Awak punya rekemendeshen mg best laa, syg . Zip Ziller, yg katenye dr Narathiwat, Thailand.







Tuesday, April 21, 2009

1st Debut di Vogeh Melofi

[klik pd gambo utk besarkan komik]
Amaran: Ini adelah versi tanpa tapisan.

Yahh... out now kt majalah gosip utk ruangan chat XBual XFM iaitu Vogeh Melofi di http://majalahvogehmelofi.blogdrive.com/. Tp td saya tgk tak kua2 gambonye lagi. Mungkin masalah teknikel drpd pihak editor. Tapi kpd sape2 yg tak dpt tgk kat Vogeh Melofi bole laa tgk kat sini. Just for fun, guys... takde niat nk kutok sape2. Kita XB, kita hepi... mmm, mungken nnti ade lagu yg saya buat bertajuk "KITA XB KITA HEPI". Enjoy!

Thursday, April 2, 2009

My Last 2nd April

My Last 2nd April... this 2009
Tiap2 tahun saya ingat 2hb April...
Saya tak lupe nak wish...
Guna kad, pakai esemes...
Time single, time kapel, time single balek...
Walaupun saya tau semuanya sirna...
Tp demi silaturrahim saya buat...

Tapi tahun ni 2009...
Saya tak tau apekah maseh lagi...
Beliau mengguna digit yg sama utk HPnya...
Lalu pagi2 lagi (yg semaken kurang paginya)...
Saya kirimkan wish melalui sa-org teman mutual...
Dgn niat yg same... silaturrahim (ada makna tuu)...
Info demi info bertukar telinga melalui telpon tangan...
Makian dan kutokan berbau persahabatan terlempar jua...

Gelak tawa, mengilai-ngilai dgn teman tersebut...
Kerana lama tak menyelak kain sesama sendiri...
Disulami dgn kesah2 sensasi...
Sedikit demi sedikit memperlahankan rentak saya...
Rentak yg bakal terhenti akibat info dari teman itu...
Kerana 2hb April 2009 bakal menjadi...
2hb April Terakhir saya...
Beliau dah tunang rupenye bulan 3 hari tu...
Alhamdulillah....Tahniah, kawan!

"Masok angin, keluar asap...hahaha!"

Tuesday, March 31, 2009

Sang Pendosa

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah dapat jugak saya menyetatkan blog ni dan insya Allah moga2 dpt diteruskan pd ms akan dtg.

Salam kenal. Saya Yazid. Asal Kulai. Sulong drpd 4 adek-beradek yg mana laennya merupakan perempuan. Lahir pada tahun gajahdudok iaitu 1982.

Hobi? Saya lebih kepada seni walaupun tak berapa nk pandai sebenarnya. mendengar musik, bermain muzika instrumenta, mencipta lagu, menonton filim/kartun, melukis merupakan apa yg mengalir dlm urat nadi saya.

Cita2? Berkongsi dgn seluroh dunia (kalau boleh) tentang ideologi, idea yg terpancur dari kepalotak saya. Saya ingin membuatkan dunia tersenyum walaupun saya sedar yg saya ni belum cukop mampu utk melakukannya tp hey... itu kan cita2. Kalau dah tercapai takleh lg nk panggil "cita2" kan?

Saya pemberontak senyap yg kadang2 tak dpt jugak nk ditahan lalu saya abadikan dalam lagu. Lagu takde laa sedap mana pun cuma pd saya asalkan saya puas hati sendiri. Saya mudah kasihan, pengasih, penyayang, bajet ensem, kdg2 narcissist (mcm selalu je) tp ketahuilah hati saya mmg baik. Kalau saya jahat baik saya rumpak bank drpd buat blog. Ada btol?

Okelah temen2. Kita ngobrol sampei sini aja. Di lain kesempatan gwe terjahin lagi kalian dgn judul2 atau topik2 yg kurang akal lagi. Wslm...