Sunday, April 26, 2009

Korset Redio Rosak

Tertanggal 25hb April 2009, satu korset bagi mengutip derma utk saudara kita yg disamun Zionis di Palestin telah diadakan kat Dewan MBJB (atau dlm promonye di Stadium Tertutop JB). Korset adalah atas usaha Neo Worldwide Entertainment yg dikepalai oleh Abg Edrie Hashim (antara idolaku) dan Parlimen Johor Bahru serta kedai kopi Cik Gloria Jeans sbg main sponsor dan of course ma feveret redio XFM sbg redio resmi.

Setibanya saya, sahabat baek iaitu dink8 dan sepupu iaitu Abdul Rahman (takde kaetan dgn band The Rhaman), kami tlh di'usher' (bkn usha, eh) oleh seorg awek Gloria Jeans (GJ) yg menjadi ulat tiket dgn menawarkan tiket dgn harga pre-sale RM18 berserta free minuman GJ setiap satu tiket. Kami, yg selalunye mmg mudah terpengaruh dgn tawaran tak masok akal telah berjaya dihasut utk membeli tiket tersebut. Hasilnya, tiket berharga RM18 dan percuma minuman bernilai RM11.50 setiap seorg. Tp, jauh di lubok hati yg kudus ni meniatkan ringgit tersebut ikhlas utk Gaza. Semoga sampai lah ke tgn mereka2 yg memerlukan. Aamiinn...

Band list dan events : SECRET SILENCE, STEREO SAKIT, THE RHAMAN, (waktu rehat), (upacara penyerahan mock cheque oleh Abg Edrie Hashim kpd Dato' Shahrir Samad), AUBURN, CILI, ZIPZILLER, (waktu rehat, kami keluar mkn kt area Stulang), PROJEK PISTOL, ESTRANGED, BUNKFACE, PLAGUE OF HAPPINESS dan RADHI-OAG.
Persembahan telah diselangselikan dgn ucapan artis2 melalui video antaranya AWIE, SEARCH, HATTAN, FTG, ABOT, SEARCH, ANDY FLOP POPPY, NEVES PRETTY UGLY, HUJAN dan saya rasa ucapan terbaek adalah dari MEET UNLCE HUSSAIN (ejaan dlm video mmg mcm tu) "Redio Rosak? Pegi repair laa...!"

Secara ikhlasnya saya mmg gemar perkara sebegini cuma di beberapa aspek kelihatan inappropriate utk Gaza mungken kerana atmosfera korset yg terlalu enjoy, songlist yg kebanyakannya rancak (saya sukak!) serta kehadiran kaki2 korset yg tampil dgn attitud am korset (body surfing, tarian mari menumbok, joget menyusahkan org etc.). Tak apelah, mungken mereka maseh muda utk menghargai erti keamanan. Selagi negara kita aman, korg terus je laa enjoy. Besok2 taktau lg camne kan? So, carry on! (Ni susunan ayat anak Johor sejati)

Kesimpulannya, saya sendiri pun terhibur dgn Korset Redio Rosak ni yg secara peribadinya saya gelarkan "korset meraikan kesedihan saudara Palestin kita". Walaupun ada band2 yg mengharapkan agar korset utk Gaza ni akan ada lg pd tahun2 akan dtg tp saya berharap semoga inilah korset terakhir yg kita lakukan demi Gaza. Biarlah penderitaan mereka berakhir segera. Klu akan dtg, kite buat korset laen lak, kite enjoy sampai tergolek, amacam?!


Antara pergambarannya. Mengikut susonan org normel:

1) Band The Rhaman yg konon2nye tiada kaetan dgn sepupu saya, Abdul Rahman.
2) Korset menampilkan dua stage yg memimik pembesar suara redio kiri dan kanan. Show diselangselikan penggunaannya.
3) Abg Edrie bagi cenderahati kt Dato' Shahrir Samad dgn berhati-hati sambil diawasi oleh YB Adam Sumiru utk mengelakkan cenderahati menjadi punca jatuh hati (gurau ye, latok! hehe! latok mmg cool kt korset tu).
4) "Auu... Auu..." kata Aimee XFM. Auburn yg menampilkan bacaan sajak yg penuh semangat drpd seorg teman rapat di hujung2 persembahan. Satu kelaenan.
5) Cili yg boleh membuatkan anda minom segelen ayer sejuk bg mengekang kepedasan.
6) Sangtujoh dan Dink8 sdg di tahap ketampanan maksima (dlm kata laen, jerawat).
7) Deraman, maseh tiada kaetan dgn band The Rhaman sehingga kini. Cita2 nya ialah ingin menakluk dunia.
8) Band rekemendet by x.clue.sive dari XFM XBual. Awak punya rekemendeshen mg best laa, syg . Zip Ziller, yg katenye dr Narathiwat, Thailand.







1 comment: